Tentang Saya

Bismillahirrahmannirrahim, Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Alhamdulillah, syukur pada ALLAH dengan kurnia yang paling teragung, ibu bapa yang menjadi pendorong dan semangat di sebalik nama Muhammad Mansor bin Burhan.

Dengan izin Tuhan dan usaha yang dipertingkatan,saya berjaya menamatkan pengajian sebagai mahasiswa IIUM dalam jurusan Kejuruteraan Mekatronik satu landasan untuk saya lebih maju ke hadapan dan memberi manfaat pada masyarakat dengan ilmu yang ditimba. Sekarang saya mengikuti Pengajian Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik. Bermula kehidupan sbagai pelajar SBPI Rawang, banyak mengukir warna yang indah dalam hidup saya. Di sana saya mula yakin dengan potensi diri dan sedikit kelebihan yang dikurniakan untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.

Tahun 2008, saya melakar satu rekod yang boleh saya banggakan setelah bertungkus lumus menimba ilmu, 9A SPM dan menjadi pelajar kedua terbaik dalam batch SPM SBPI 2008 ketika tingkatan 4.  Saya semakin yakin dengan kelebihan yang ada apabila guru di SBPI Rawang melihat peningkatan pelajaran saya dan saya diamanahkan menjadi mentor di tingkatan lima bagi mata pelajaran Matematik , Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.

Memegang prinsip ‘berikanlah walaupun sedikit ,nescaya kamu bahagia dan sikitmu tidak mengurangkan apa yang kamu ada malah akan menambahkan manfaat kepada diri kamu’. Kesannnya dapat saya rasakan, bila saya memperoleh keputusan percubaan SPM yang memberansangkan 97% Matematik Tambahan , 98% Matematik. Semakin saya mengajar semakin saya mudah faham.

Berkat dari ALLAH dan niat untuk berkongsi, lebih 90+++ mentee telah diajar dan memperoleh kejayaan yang cemerlang . Kejayaan dalam mendapat sijil pelajar terbaik bagi matapelajaran Matematik Tambahan ,Fizik ,dan Teknologi Kejuteraan . Komitmen yang diberikan menjadi mentor dan kejayaan yang  dicapai memberi ruang pada saya memperoleh keyakinan dari guru-guru SBPI Rawang, saya dijemput menjadi guru muda bengkel Matematik Tambahan.

Semangat dan harapan untuk melihat orang lain sama berjaya, saya tidak mensia-siakan kelebihan yang diberikan oleh Allah ,saya memilih peluang untuk berkongsi dengan pelajar – pelajar diluar . Alhamdullillah rezeki saya menjadi guru tuisyen sejak awal 2010 dan kini saya menjalankan perkhidmatan ‘Home Tuition’ di bawah pengelolaan tutormansor.wordpress.com. Kini saya mengambil inisiatif untuk terus berkongsi ilmu yang sedikit ini kepada pelajar-pelajar diluar sana dan moga –moga peroleh kejayaan bersama .

Menggunakan pandekatan yang mudah ,santai dan praktikal ,cara saya mengajar berkonsepkan soalan – soalan SPM dan percubaan kerana saya mendapati pelajar diluar sana bukan tidak pandai , tidak faham tapi mereka mudah keliru bila soalan berbeza dengan apa yang diajar oleh guru . Pendekatan ini akan memudahkan pelajar faham dan mengenalpasti jenis-jenis soalan yang sering ditanya  dan cara menjawab dengan tepat dan megikut skema pemarkahan dalam peperiksaan, seterusnya mereka lebih mudah untuk skor dalam peperiksaan dan seronok dalam belajar tanpa perlu merasa tertekan.

Untuk menggunakan khidmat saya sebagai tenaga pengajar. Boleh hubungi nombor di bawah.

tutormansor@gmail.com

FB. www.facebook.com/mansorburhan =)

Tel:- +601128075413 / +60122605489 /

Don’t shy-shy to ask ea.. I will help with my best… =)

Home Tuition, Private Tuition, Tutor Matematik, Tutor Matematik Tambahan, Tuition Mathematics, Tuition Additional Mathematics

20 thoughts on “Tentang Saya

  1. dekat mane saye na tahu jwapan nye bagi soalan2 matematik ?

  2. jawapan kt mana ?

  3. Can you help me with this question?
    Given that one of the roots of the equation (kx^2 -kx + 3 = 0) is three times the other root. Find the value of k.

  4. tq .this is so helpful for my exam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s